











MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PAMAJA KE-29, 2023
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PAMAJA KE-29, 2023
16 September 2023 (Sabtu)
10.00 pagi
Mini Auditorium, Malaysia Tourism Centre (MaTiC), Kuala Lumpur & Google Meet (online)
Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Tahunan PAMAJA ke-29, 2023 telah berlangsung dengan jayanya secara hybrid (pertemuan fizikal dan atas talian).
Rekod kehadiran adalah mencukupi seperti yang termaktub dalam Perlembagaan dan kehendak ROS.
Mesyuarat telah dirasmikan oleh Dato’ Wahab Mohd Yasin, Pengerusi Jawatankuasa Penasihat PAMAJA dan dipengerusikan oleh Datuk Abd Rahim Hj. Hashim.
Terima kasih diucapkan kepada barisan ahli jawatankuasa sesi 2021/2023 yang telah memberikan khidmat terbaik dan tahniah diucapkan kepada barisan ahli jawatankuasa sesi 2023/2025 yang telah dilantik.
Terima kasih juga diucapkan kepada semua ahli PAMAJA yang hadir ke MaTiC dan hadir secara atas talian ke mesyuarat agung tahun ini. Semoga kita bertemu lagi pada masa akan datang dan teruskan menyokong aktiviti PAMAJA.
Sekian, terima kasih.
Salam hormat,
Nor Fauziana binti Mohd Salleh
Setiausaha Agung
PAMAJA
